Kredit SPRM

KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu telah menerima sijil pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi penganjuran aktiviti di bawah program Largest Turn Out In TVET Fair.

Sijil pengiktirafan bagi Kategori Agensi Kerajaan itu telah diserahkan oleh Ketua Penyelidikan Malaysia Book of Records, Siti Nurhanim Mohd Noh kepada Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid.

Majlis disaksikan oleh Pengarah Kanan (Akademik), Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr Mohd Daud Isa di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.

Hazrul Shazreen berkata, SPRM terbabit sebagai Penyedia Program bagi Mega Fiesta TVET POLYCC 2025 dan menyenaraikan Pertandingan Diorama Antirasuah serta Diskusi Antirasuah Dana Awam Tahun 2025 sebagai aktiviti di bawah program tersebut.

Beliau berkata, program  telah berjaya mengumpulkan seramai 149,663 peserta secara kumulatif dan telah bermula sejak 15 Julai sehingga 25 September 2025.

“SPRM Terengganu juga telah melaksanakan dua program tersebut secara serentak pada 27 Ogos 2025 di pejabat SPRM Terengganu dan SPRM merupakan salah satu daripada 29 agensi yang turut serta sebagai agensi penyedia program dalam Mega Fiesta TVET POLYCC 2025,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast