Penduduk Kampung Sungai Baru mempersoalkan kewibawaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas seorang pegawai berjawatan J9 didakwa meluluskan pemasangan penghadang (hoarding) oleh kontraktor pemaju di kawasan tersebut.
Pelakon dan aktivis, Rafidah Ibrahim mendakwa, tindakan itu jelas menyalahi prosedur kerana kebenaran kerja sebegitu sepatutnya hanya boleh diluluskan oleh pengarah atau timbalan pengarah DBKL, bukannya pegawai berpangkat J9.














