Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah membuat latihan penerjunan bebas pada ketinggian 10,000 kaki di Pangkalan Udara Gond Kedak, di Terengganu pada semalam.

BESUT – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah melakar sejarah tersendiri apabila berjaya melaksanakan Latihan Penerjunan Bebas pada ketinggian 10,000 kaki di sini semalam.

Lebih bermakna, terjunan yang memperlihatkan keberanian serta semangat tinggi disaksikan sendiri ayahandanya, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pencapaian rekod tersebut dicatat menerusi Selective Training Record (STR) Latihan Kursus Pasukan Khas Udara (PASKAU) di Pangkalan Udara Gong Kedak.

”Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku melakukan dua kali terjunan iaitu pada pukul 2.30 petang dan 4.15 petang. Baginda dilihat cukup berbangga dengan pencapaian tersebut yang bukan sahaja mencabar diri tetapi memerlukan disiplin, kawalan mental, dan ketahanan fizikal,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kejayaan itu sekali gus memberi inspirasi kepada generasi muda agar berani mencuba perkara baharu serta menanam nilai keberanian dan ketabahan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast