Anggota polis mengangkat mayat seorang wanita warga Myanmar ditemukan maut dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Kuala Kuang Chemor, Ipoh.

IPOH – Seorang wanita warga Myanmar ditemukan maut dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Kuala Kuang dekat Chemor, di sini pada tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, panggilan kejadian diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh sekitar 12.30 tengah hari.

Menurut beliau, sepasukan anggota kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang meminta bantuan menghubungi ambulans selepas memaklumkan seorang wanita warga Myanmar ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah rumah.

“Pemeriksaan ke atas mayat wanita tersebut mendapati mangsa telah pun meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, susulan kematian wanita itu, tangkapan dijalankan ke atas suami mangsa bagi membantu siasatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast