Seorang jurutera menunjukkan raifal baharu yang direka dan dihasilkan oleh Indumil di kilang Jose Maria Cordova Arms and Ammunition di Soacha berhampiran Bogota, Columbia. Foto: AFP.

SOACHA, Colombia – Colombia telah menghasilkan raifal pertempuran pertama, senjata api yang lebih murah dan lebih ringan, yang disasar untuk menggantikan senjata api yang dibekalkan oleh bekas sukutunya suatu ketika dahulu, Israel.

Presiden Gustavo Petro memutuskan hubungan dengan Israel pada 2024 sebagai membantah tindakan ketenteran berterusan terhadap Jalur Gaza yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Pembuat senjata milik kerajaan, Indumil menghasilkan senjata api itu, raifal pertempuran pertama yang dihasilkan di Columbia, bagi menggantikan Galil, sebuah raifal yang dipasang di Columbia dengan menggunakan komponen Israel sejak 1990an.

“Sasarannya ialah menghasilkan 400,000 raifal yang lebih ringan dan murah dalam tempoh lima tahun dan ‘menggantikan senjata api yang digunakan oleh angkatan tentera kini secara berperingkat,” kata Pengurus Indumil, bekas Kolonel Javier Carmogo kepada AFP.

Para pakar melahirkan keraguan terhadap kemampuan negara Amerika Latin itu mampunyai kapasiti pengeluaran tanpa membayar harga yang tinggi.

Senjata api baharu itu yang diperbuat daripada keluli dan polimer adalah 15 hingga 25 peratus lebih ringan.

Petro turut menghentikan pembelian senjata api dari Amerika Syarikat selepas Presiden Donald Trump menggugurkan Columbia daripada senarai sekutunya dalam memerangi dadah.

Sejak tiga dekad lalu, para pemimpin Columbia mengangkat senjata menentang gerila dan pengedar dadah membabitkan kokain dan operasi emas haram – AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast