Antara kapal-kapal yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla. - Foto Facebook Rasmi Sumud Nusantara Official

KUALA LUMPUR – Aktivis Farah Lee yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) melaporkan terdapat aktiviti dron sekitar jam 8 malam tadi (waktu tempatan) atau kira-kira jam 2.30 pagi waktu Malaysia.

Dalam perkongsian di laman TikTok, Farah memaklumkan, beliau ternampak kira-kira lima buah dron berlegar-legar sekitar bot yang dinaikinya.

Farah Lee

“Farah sekarang sedang dalam (tugasan) ‘night watch’.

“Farah nampak peningkatan aktiviti dron dan setakat ini Farah nampak ada lima di sekeliling bot ini, baru pukul 8 malam.

“Situasi di atas kapal dalam keadaan tenang,” katanya.

Beliau merupakan antara 34 rakyat Malaysia yang menyertai GSF yang bermatlamat untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan memecahkan kepungan Israel.

Semalam, Ketua Pengarah Sumud Nusantara Comand Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim memaklumkan kesemua kapal sukarelawan GSF sudah memasuki Zon Kuning 2 (Yellow Zone 2) pukul 3 petang waktu Malaysia dan berada pada jarak 227 batu nautika dari persisiran Gaza.

Pihaknya menjangkakan misi Flotila akan memasuki Zon Merah dalam masa 28 jam iaitu pukul 7 malam ini. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Semua kapal GSF dijangka masuk Zon Merah 7 malam esok

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast