Mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut.

KEPALA BATAS – Seorang lelaki cedera selepas tersepit dalam kereta susulan terbabit dalam kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Permatang Tiga Ringgit, Taman Paya Keladi, di sini, hari ini.

Kejadian jam 5.35 pagi itu turut menyebabkan mangsa, Idrus Ahmad, 46, mengalami kecederaan pada bahagian muka sebelum diselamatkan anggota bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya terima panggilan jam 5.40 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi kita dapati seorang mangsa tersepit di bahagian pemandu kereta jenis Perodua Axia.

“Susulan itu kerja-kerja menyelamat segera dijalankan dan kita menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 6.02 pagi sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah John Sagun, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut.

“Operasi disertai sembilan anggota BBP Kepala Batas dengan bantuan polis itu tamat sepenuhnya pada jam 6.07 pagi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast