Azman Azmi dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari rumah kira-kira jam 7.30 malam pada 17 November tahun lalu. Ihsan Foto : IPD Sepang

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 48 tahun yang bekerja sebagai pemandu e-hailing Grab dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor sejak November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, mangsa dikenali sebagai Azman Azmi tidak pulang selepas keluar dari rumah pada 17 November 2024 kira-kira jam 7.30 malam.

“Laporan mengenai kehilangan mangsa dibuat oleh abang kandungnya pada jam 8.43 pagi, 19 Julai lalu. Kes ini diklasifikasikan sebagai orang hilang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa untuk menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Sub Inspektor Rusman Hashim di talian 017-7898108 / 019-4512798 atau Balai Polis Putra Perdana di talian 03-80604222 dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di talian 03-87774222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast