Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan dan komited membantu pihak polis dalam siasatan berhubung kematian seorang murid tahun empat di dalam tandas sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan semalam.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga murid terlibat, Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kejadian itu ketika ini sedang berada dalam siasatan polis.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga murid pada waktu ini.

KENYATAAN KPM berhubung kejadian seorang murid tahun empat yang meninggal dunia di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan semalam.

“KPM telah mengaktifkan intervensi sokongan psikososial dalam situasi krisis bagi memastikan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang murid lelaki tahun empat ditemukan tidak sedarkan diri dalam tandas sebuah sekolah di Seremban semalam, sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 1.19 tengah hari, ketika mangsa berusia 10 tahun berkenaan sedang menerima rawatan awal di sebuah pusat perubatan swasta berhampiran.

Beliau berkata, bedah siasat dijalankan di Hospital Rembau hari ini bagi menentukan punca kematian dan kes disiasat di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Murid tahun empat meninggal dunia selepas pengsan dalam tandas sekolah di Seremban

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast