Al-Farid menyampaikan cenderamata kepada Pengetua MRSM Ranau, Ismail Badri.

RANAU – Seramai 329 pelajar aliran sains Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ranau menyertai Program Laluan Kerjaya Profesional STEM: Geologi yang berlangsung di sini sebagai usaha memupuk minat generasi muda dalam bidang
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Program yang dijayakan bersama Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Universiti Malaysia Sabah (UMS), SGS Sabah, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Sabah, Institut Geologi Malaysia (IGM) dan Society of Petroleum Engineers (SPE) itu
bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai prospek kerjaya dalam bidang STEM, dengan tumpuan khas kepada bidang Geologi.

Dekan FST UMS, Profesor Ts. Gs. Dr. Rodeano Roslee menjelaskan, fakulti tersebut akan meneruskan komitmen terhadap usaha menyediakan pendidikan berkualiti tinggi sejajar keperluan industri serta perkembangan semasa bidang geosains.

“Kehadiran ahli akademik berpengalaman dan jaringan strategik antara universiti, industri serta agensi kerajaan mampu melonjakkan minat pelajar terhadap bidang sains dan teknologi.

“FST UMS juga komited untuk terus memberi bimbingan dan sokongan kepada pelajar sekolah melalui aktiviti pendedahan awal, penyelidikan serta latihan industri,” katanya dalam ucapan sempena perasmian program tersebut yang disempurnakan
oleh Timbalan Pengarah JMG Sabah, Jenneth @ Liliana Cyril.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pensyarah Kanan FST, Dr. Mohd Al Farid Abraham.

Beliau turut berharap agar program tersebut mampu menjadi platform penting dalam membina kesedaran awal kerjaya serta menyemai minat pelajar terhadap bidang STEM.

“Harapan juga agar menerusi program ini dapat melahirkan generasi profesional yang inovatif, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan, khususnya dalam bidang Geologi dan Geosains.,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast