Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, 16, yang meninggal dunia secara mengejut sewaktu Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Ipoh, Perak, semalam.

Menerusi kenyataannya, KPM menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, 16, yang meninggal dunia secara mengejut sewaktu perlawanan ragbi tersebut.

“Seluruh warga KPM mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Sehubungan itu, kejohanan yang dijadualkan berlangsung sehingga esok dibatalkan sebagai menghormati pemergian Allahyarham.

KPM berkata, kejohanan itu akan dijadualkan semula semula pada tarikh baharu.

Allahyarham Muhammad Fauzan dilaporkan rebah ketika sedang beraksi mewakili sekolahnya,  Sekolah Menengah Sains Johor, melawan Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA) dalam Kejohanan Ragbi SBP7s.

Allahyarham telah diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan bertugas sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Disebabkan kejadian itu, aksi di antara kedua-dua sekolah kemudiannya ditangguhkan oleh pihak penganjur yang mengadakan perlawanan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast