Foto FB Perak FA.
KUALA LUMPUR – Perlawanan Liga A1 Semi Pro 2025/26 antara Malaysian University dan Perak FA yang dijadualkan berlangsung semalam dibatalkan selepas pihak tuan rumah gagal menyediakan venue perlawanan dengan sempurna.
Ia termasuk kegagalan menyiapkan garisan padang seperti yang ditetapkan dalam peraturan pertandingan.
Perak FA dalam satu kenyataan berkata, selepas pemeriksaan dibuat, Match Commissioner, General Coordinator dan pasukan pengadil sebulat suara berpendapat bahawa perlawanan tidak boleh diteruskan atas ketidakpatuhan terhadap standard teknikal padang permainan.
“Keputusan rasmi berhubung status perlawanan ini akan ditentukan oleh pihak AFL (Liga Bola Sepak Amatur) selaku penganjur Liga A1 Semi Pro,” tulis kelab itu.

Berdasarkan foto dikongsikan di media sosial, kelihatan keadaan padang di stadium tersebut cukup baik, namun garisan tidak kelihatan dengan jelas.

Skuad Seladang kini berada di tangga kelima Liga A1 Semi Pro hasil 11 mata dari enam perlawanan sementara Malaysia Universiy FT di kedudukan ke-12 setelah hanya mengutip empat mata. – MalaysiaGazette

Foto FB Perak FA.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast