Aktivis GSF, Ardell Aryana dipeluk suaminya, Nadzmi Adhwa sebaik tiba selepas menyertai Misi Global Sumud Flotilla ke Gaza, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang. Foto SADIQ SANI, 07 OKTOBER 2025

SEPANG – Dua pelakon popular yang juga suami kepada selebriti, Ardell  Aryana dan Zizi Kirana muncul dengan wajah ceria menyambut kepulangan isteri tercinta yang merupakan antara 23 sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) di sini malam tadi.

Nadzmi Adhwa, suami kepada Ardell Aryana hadir dengan mendukung anak sambil membawa jambangan bunga sebagai lambang penghargaan buat Ardell yang juga aktres.

“Doakan isteri saya,” katanya ringkas ketika ditemui media.

Turut hadir, Yusuf Bahrin yang suami kepada Zizi.

Kehadiran dua selebriti itu menarik perhatian ramai di KLIA yang turut dipenuhi ahli keluarga, rakan artis dan sukarelawan yang menanti ketibaan pasukan GSF sejak pukul 8 malam.

Mereka antara waris yang hadir dengan menaiki empat bas khas tiba di KLIA untuk bertemu para sukarelawan selepas berpisah sejak 29 Ogos lalu sebelum berlepas ke Barcelona, Sepanyol untuk memulakan misi GSF.

Suami Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa menunggu ketibaan selepas isterinya menyertai Misi Global Sumud Flotilla ke Gaza, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang. Foto SADIQ SANI, 07 OKTOBER 2025

Sementara itu, tangisan air mata dan laungan ‘Allahuakhbar’ dan ‘Free, Free Palestin’ menyambut ketibaan 23 sukarelawan itu.

Turut selamat kembali ke tanah air, empat aktivis yang menaiki kapal pemerhati Summertime-Jong yang tidak memasuki zon merah iaitu Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Mazian, Serieffa dan Ariff Budiman.

GSF merupakan inisiatif masyarakat sivil antarabangsa yang menghimpunkan aktivis, doktor, peguam dan sukarelawan dari seluruh dunia untuk mencabar sekatan haram Israel ke atas Gaza.

Ia membawa mesej solidariti, bantuan kemanusiaan dan menegaskan hak rakyat Palestin untuk hidup bebas daripada jenayah perang.

Misi GSF kali ini disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara yang belayar ke Gaza sebagai simbol solidariti, selain membawa bantuan kemanusiaan bagi penduduk di Gaza. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast