Seorang pekerja binaan warga Indonesia maut selepas terkena pengorek jengkaut yang berpusing akibat dipercayai hilang kawalan di tapak pembinaan sebuah rumah di Sungai Yu, Selangor, semalam,
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika pemandu jengkaut berusia 38 tahun sedang menjalankan kerja di kawasan terbabit.














