Human capital is still the most powerful engine of prosperity any nation possesses. File picture

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited memperkukuh bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan memperuntukkan RM7.9 bilion berbanding RM7.5 bilion sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan itu penting bagi memastikan lebih ramai tenaga mahir tempatan dapat dilahirkan bagi memenuhi permintaan industri yang semakin berkembang.

Katanya, peruntukan berkenaan juga akan membolehkan Majlis TVET Negara menambah baik keseluruhan ekosistem latihan, termasuk cadangan penggubalan Rang Undang-Undang TVET bagi memperkukuh dasar sedia ada.

“Majlis TVET Negara menerima RM45 juta antaranya bagi menerapkan ilmu teknologi digital dan AI kepada 10,000 pelajar tahfiz dan pondok melalui Program IPT@Komuniti.

“Selain itu, institusi TVET KPM disediakan 1.3 bilion ringgit untuk mendidik 79,000 orang penuntut TVET,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, langkah itu bukan sahaja memperluas peluang pendidikan dan latihan TVET, tetapi turut menyokong sektor berkeutamaan tinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast