Penjawat awam menyaksikan siaran langsung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Belanjawan bagi tahun 2026 di Kementerian Kewangan, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 10 OKTOBER 2025

KUALA LUMPUR – Kadar fi perundingan pengamal perubatan am ditetapkan semula antara RM10 hingga RM80 berbanding RM10 hingga RM35 sebelum ini.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kadar fi perundingan perubatan am tidak pernah disemak sejak 19 tahun lalu.

“Ini beri ruang lebih fleksibel sesuai tahap perkhidmatan ditawarkan sambil mengekalkan kadar minimum yang tidak membebankan rakyat,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, bagi menghargai dedikasi pegawai perubatan, pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian, Anwar mengumumkan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) dinaikkan sekitar 40 peratus berkuatkuasa 1 Oktober 2025 dengan peruntukan tambahan RM120 juta setahun.

“Umpamanya, doktor pakar yang diarahkan bertugas atas panggilan aktif pada hari cuti, kadar ETAP akan ditingkatkan kepada RM350 berbanding RM250,” katanya lagu.

Sementara itu, Kerajaan turut meluluskan seramai 4,500 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap tahun hadapan.

Katanya, sejak 2023 hingga 2025, kerajaan telah meluluskan 1,500 jawatan tetap tambahan bagi menyerap doktor kontrak ke jawatan tetap.

Ini termasuk pengisian tahuan yang mana sejumlah 12,900 doktor kontrak telah diserap ke jawatan tetap.

Manakala untuk jururawat, seramai 833 jururawat kontrak ditawarkan lantikan tetap tahun ini.

Bagi tahun hadapan, Perdana Menteri berkata, seramai 935 graduan institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia akan ditawar jawatan tetap. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast