KUALA LUMPUR – Pekerja gig, e-hailing dan p-hailing akan diberi insentif caruman padanan sehingga RM600 setahun atau RM6,000 di bawah skim i-Saraan Plus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Skim i-Saraan juga diteruskan untuk pekerja informal atau bekerja sendiri yang lain dengan caruman padanan sehingga RM500 seahun atau RM5,000 seumur hidup.
“Akta Pekerja Gig 2025 telah mewajibkan cauman PERKESO untuk pekerja gig. Kerajaan bersetuju menanggung 70 peratus caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri pekerja gig di sektor yang belum dimandatorikan yang pertama kali mendaftar, manakala insentif 50 peratus bagi tahun kedua,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan kerja atau graduan baharu yang menerima tawaran kerja yang perlu berpindah lokasi akan menerima insentif bernilai sehingga RM1,000 PERKESO.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan i-Suri dinaikkan kepada 60 tahun selari usia persaraan minimum. -MalaysiaGazette
















