KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah muncul Juara Kejohanan Arctic Open 2025 selepas menumpaskan pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi pada perlawanan akhir sebentar tadi.
Pearly-Thinaah yang merupakan pilihan kedua kejohanan mudah menewaskan lawan mereka dengan mata 21-7, 21-9 hanya dalam tempoh 32 minit.
Kejayaan muncul juara itu sekali gus memperbaharui pencapaian mereka pada edisi kejohanan tahun lalu selepas hanya bergelar naib juara.
Ini merupakan gelaran juara kedua tahun ini yang dirangkul pasangan beregu wanita negara berkenaan selepas Terbuka Thailand pada Mei lalu, daripada enam aksi mereka di pentas final. – MalaysiaGazette
















