Gambar hiasan

ISTANBUL – Israel mula membebaskan tahanan Palestin pada Isnin di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.

Menurut Anadolu Ajansi, Pejabat Media Tahanan Palestin yang dikendalikan Hamas memaklumkan bahawa bas membawa tahanan yang dibebaskan telah bergerak dari Penjara Ofer di barat Ramallah ke bandar Beitunia di Tebing Barat yang diduduki.

Bas-bas yang membawa tahanan yang dibebaskan dari Penjara Negev di selatan Israel juga bergerak menuju ke Semenanjung Gaza, menurut pejabat itu.

Pembebasan itu dibuat selepas Hamas menyerahkan 20 tawanan Israel yang masih hidup di bawah fasa pertama perjanjian gencatan senjata Gaza.

Menurut laporan, seramai 1,968 tahanan Palestin, termasuk 250 yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup akan dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata itu.

— BERNAMA-ANADOLU

ARTIKEL BERKAITAN

Kesemua 20 tebusan Israel yang masih hidup sudah dibebaskan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast