KUALA LUMPUR – Pelabur asing bertukar menjadi penjual bersih minggu lepas, membalikkan aliran masuk seminggu berturut-turut, mencatatkan pengeluaran sebanyak –RM1.44 bilion, aliran keluar seminggu terbesar sejak akhir 25 Ogos lalu.
Pelabur asing adalah penjual bersih pada setiap hari dagangan minggu lepas, dengan hari Jumaat menyaksikan aktiviti jualan bersih tertinggi pada –RM327.0 juta, menurut MBSB Research.
Ini diikuti Rabu (-RM307.8 juta), Isnin (-RM288.7 juta) dan Selasa (-RM281.7 juta).
Firma penyelidikan itu berkata, aliran keluar terkecil berlaku pada Khamis, yang menyaksikan pengeluaran berjumlah RM237.9 juta.
Satu-satunya sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih minggu lepas ialah teknologi sebanyak RM85.7 juta.
Manakala tga sektor teratas yang mencatat aliran keluar asing bersih ialah perkhidmatan kewangan (-RM491.7 juta), penjagaan kesihatan (-RM171.2 juta) dan hartanah (-M145.5 juta).
Institusi tempatan kembali kepada aktiviti belian bersih, menamatkan aliran keluar bersih berturut-turut seminggu mereka, merekodkan pembelian RM1.49 bilion.
Ini adalah aliran masuk bersih seminggu tertinggi yang didaftarkan sejak April 2025.
Sementara itu, pelabur runcit tempatan pula melanjutkan jualan bersih lima minggu berturut-turut, mencatatkan aliran keluar bersih yang lebih sederhana sebanyak –RM50.6 juta.
Purata volum dagangan harian (ADTV) mengalami penurunan secara meluas minggu lepas dengan pelabur runcit dan pelabur asing mencatatkan penurunan sederhana masing-masing sebanyak –3.9% dan –1.6%, manakala institusi tempatan menyaksikan peningkatan sebanyak +6.3%. – MalaysiaGazette















