Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bekalan elektrik yang terjejas akibat gangguan di Stesen Penjana Bebas, Edra Power Plant di Melaka telah pulih sepenuhnya jam 5.54 petang tadi.

“TNB mengucapkan terima kasih atas kesabaran semua pelanggan yang terkesan dan memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi akibat dari gangguan bekalan ini,” katanya menerusi TNB CareLine.

Terdahulu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan gangguan bekalan di stesen berkenaan menjadi punca kawasan sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru terputus bekalan.

“TNB mengesahkan berlakunya gangguan bekalan di sekitar kawasan Lembah Kelang dan Johor Bahru akibat daripada pelantikan di Stesen Penjana Bebas, Edra Power Plant di Melaka,” maklumkannya menerusi TNB CareLine.

Setakat pukul 5.30PM, bekalan di ⁠Damansara City; ⁠⁠Sri Hartamas; ⁠⁠Danau Desa; ⁠⁠SPPK Cheras; ⁠Ampang dan ⁠⁠Bukit Jalil.

Selain itu, kawasan ⁠⁠Sri Damansara; ⁠Kota Puteri; ⁠Pasir Gudang Darat.

Menurut TNB, bekalan terjejas pulih secara berperingkat.

TNB menasihatkan orang awam untuk segera melaporkan sebarang gangguan bekalan elektrik dengan menghubungi1.⁠ ⁠Talian 15454. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast