Suasana di pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Laporan Central Force International menyatakan 77% rakyat Malaysia menghadapi peningkatan kos sara hidup walaupun gaji naik.

Walaupun dengan kadar gaji minumum yang baharu sebanyak RM1,700 tetapi  kos makanan dan minuman yang meningkat sebanyak 17.5% sejak tahun 2020, hampir dua kali ganda berbanding dengan barangan lain.

Oleh sebab itu,  63% rakyat Malaysia mendakwa, langkah kerajaan tidak banyak membantu kerana ada pekerja yang tidak menerima kenaikan gaji.

Keluarga kalangan B40 dan M40 rendah yang pendapatan isi rumah bawah RM5,000 pula merasai tekanan secara mendadak.

Disebabkan itu, mereka terpaksa teliti dalam pembelian barang keperluan dan berjuang untuk simpanan pada masa yang sama.

Kajian ini menunjukkan jurang semakin luas antara pertumbuhan gaji dan kuasa beli dalam realiti.

Ketua Pegawai Eksekutif Central Force International, Wai Yu menyatakan, 55% rakyat Malaysia yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000, justeru  kenaikan harga telah menjejaskan pendapatan mereka yang kian terhad dan simpanan pula semakin sedikit.

Menurutnya, kos sara hidup yang meningkat ini membentuk cara rakyat Malaysia berfikir dan bertindak.

“Ibu bapa memikirkan semula setiap perbelanjaan, pekerja muda menangguhkan pencapaian, dan pesara menggunakan simpanan hanya untuk hidup,” katanya.

Menurutnya, rakyat Malaysia menjadi strategik walaupun dalam tekanan kewangan dengan meneliti bagi pembelian yang tidak penting dan pembelian utama.

Rakyat mula menunggu promosi, meneliti harga dan kualiti barang untuk memastikan setiap ringgit dihitung

Bagi mereka yang bergantung kepada bantuan kerajaan, masih berhati hati dalam pembelanjaan.

“Walaupun pengguna terus berbelanja, ia tidak sepatutnya disalah anggap sebagai keselesaan kerana mereka tidak membeli lebih banyak. Mereka membeli dengan lebih bijak” katanya

Manakala dari segi perniagaan, Wai Yun menambah, syarikat-syarikat perlu memberi fokus kepada tiga perkara utama dalam menarik kepercayaan pelanggan.

Pertama, syarikat perlu mempunyai empati dan mengakui tidak semua orang merasai beban dengan cara yang sama.

Apa yang perlu ditonjolkan adalah bagaimana jenama syarikat tersebut mampu memberi nilai kepada setiap kumpulan pelanggan.

Wai Yu juga berpendapat, produk yang berfokus kepada keperluan asas dan memenuhi keperluan utama serta memberikan fungsi sebenar akan lebih menyerlah berbanding peningkatan gaya hidup atau barangan “sekadar mahu”.

Tambah beliau, diskaun, ansuran dan pelan pembayaran fleksibel bukan lagi sekadar kelebihan tambahan tetapi cara untuk membantu pengguna melebarkan nilai ringgit.

“Peluang kepada perniagaan hari ini bukan sahaja untuk menjual. Jenama-Jenama yang berjaya adalah mereka yang memenuhi keperluan setiap pelanggan menerusi penyelesaian yang praktikal dan membuatkan kehidupan lebih mudah,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast