Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.

GEORGE TOWN – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Masjid Negeri di sini hari ini.

Kejadian pukul 1.45 pagi menyebabkan lelaki tempatan berusia 27 tahun itu maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, hasil siasatan mendapati kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun sedang dalam perjalanan dari Jalan Air Itam menuju ke Jalan Rumbia.

Jelasnya, apabila tiba di Jalan Masjid Negeri berhampiran simpang Jalan Tembaga, motosikal mangsa keluar dari arah simpang tersebut dan berlaku pelanggaran.

“Pemandu kereta cuba mengelak namun gagal mengelak lalu melanggar motosikal mangsa. Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Abdul Rozak, pemeriksaan awal ke atas pemandu kereta itu turut mendapati dia bebas dari pengaruh alkohol dan dadah semasa kejadian.

“Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast