Barisan pemain Harimau Malaya.

KUALA LUMPUR – Kejayaan mencatat dua kemenangan bergaya ke atas Laos dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 bakal menyaksikan kedudukan Harimau Malaya dijangka melonjak lima anak tangga ke kedudukan ke-118 dunia.

Berdasarkan pengiraan tidak rasmi, skuad kendalian Peter Cklamovski itu mengutip 6.77 mata selepas menewaskan Laos 3-0 di Vientiane, sebelum meraih lagi 6.52 mata hasil kemenangan besar 5-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.

Secara keseluruhan, Malaysia memungut 13.29 mata dalam tempoh seminggu, sekali gus menyaksikan ranking skuad kebangsaan meningkat daripada tangga ke-123 kepada ke-118 dunia.

Ketika ini, Harimau Malaya kini mengatasi beberapa pasukan lain yang sebelum ini berada di atas Malaysia iaitu Sudan, Korea Utara, Sierra Lione dan Indonesia dalam senarai ranking antarabangsa.

Kemenangan berganda ke atas Laos turut mengekalkan momentum positif skuad negara yang kini mencatat semua kemenangan dalam empat perlawanan dan kini mendahului saingan Kumpulan F kelayakan tersebut.

Sementara itu, kemas kini rasmi ranking dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dijangka diumumkan pada 23 Oktober ini dengan kemas kini terakhir dikeluarkan pada 18 September lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast