Semua kawasan hutan yang diceroboh dengan penanaman durian secara haram berjaya dibersihkan sepenuhnya menerusi Ops Sekat yang berakhir hujung bulan lalu.
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) yang mengesahkan perkara itu berkata, ia sejajar dengan pelan tindakan operasi itu yang dijalankan sejak 21 Julai lalu.















