KUALA LUMPUR – Program Pembentukan Karakter akan dimulakan pada peringkat prasekolah dan merupakan satu inisiatif utama Kurikulum Persekolahan 2027 bertujuan membentuk individu yang bersahsiah unggul, beradab dan bertanggungjawab.
Kementerian Pendidikan (KPM)i dalam kenyataannya hari ini menyatakan, program itu juga untuk menekankan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang memberi tumpuan terhadap aktiviti melibatkan pengahayatan nilai, tingkah laku positif, penerapan adab dan akhlak dalam kehidupan seharian murid.
Program yang sama akan dimulakan peringkat prasekolah yang akan dijalankan secara bersepadu menerusi aktiviti harian pembelajaran.
Manakala bagi peringkat sekolah rendah dan menengah pula akan dijalankan secara khusus selama 60 minit setiap minggu yang turut disediakan di dalam jadual waktu mereka.
Ia untuk membolehkan pembentukan karakter dilaksanakan secara terancang dan berfokus, ujar KPM.
KPM menegaskan program itu merupakan satu cerminan komitmen untuk melahirkan generasi pelajar yang holistik dalam aspek akademik, sahsiah dan jati diri .- MalaysiaGazette
















