Pelajar, Muhammad Wafi Adyan Fazila Sazaly, 16 belajar pada sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) susulan Sidang Kemuncak ASEAN ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Ampang. Foto AIZAT ZAINAL, 26 MEI 2025.

KUALA LUMPUR –  Sebanyak 102 buah sekolah termasuk institusi pendidikan swasta di Kuala Lumpur dan Selangor diberi kebenaran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdPR) dan bekerja dari rumah (BDR) pada 23 Oktober hingga 29 Oktober 2025 bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.

Kementerian Pendidikan (KPM)  berkata, pelaksanaan PdPR dan BDR bagi sekolah-sekolah terlibat susulan penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang sidang itu berlangsung.

Langkah ini bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid di semua sekolah terlibat tidak terjejas.

“Ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terlibat dinasihatkan untuk merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR dan BDR.

“Orang ramai boleh merujuk senarai sekolah yang diberi kebenaran untuk PdPR dan BDR di kenyataan media KPM,” jelas kenyataan itu.

KPM berkata, pengalaman melaksanakan PdPR sewaktu pandemik CCovid-19 serta ketika Sidang ASEAN pada bulan Mei lalu membuktikan keberkesanan kaedah ini dalam memastikan pembelajaran murid dapat diteruskan dalam situasi luar jangka. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast