Pihak polis dan forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

SEBERANG PERAI –  Seorang wanita dan anaknya ditemui mati dipercayai dibunuh di kediaman sewa mereka di Kampung Sekolah, Juru di sini hari ini.

Difahamkan, mayat wanita berumur 51 tahun bersama anak perempuannya berusia 11 tahun itu ditemui suaminya pukul 7.30 malam tadi.

Difahamkan mayat wanita itu ditemui di bahagian dapur tingkat bawah rumah berkenaan dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya hampir putus.

Manakala anaknya dalam keadaan meniarap berlumuran darah di tingkat atas rumah.

Tinjauan MalaysiaGazette di lokasi kejadian mendapati polis dan forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan kejadian.

Dalam perkembangan sama, jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, pasangan itu baru menyewa rumah berkenaan dan anak perempuan itu merupakan anak tiri kepada suami mangsa.

“Kami tahu kejadian yang menimpa keluarga ini apabila lelaki berkenaan memaklumkan dalam grup aplikasi WhatsApp penduduk,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast