Foto: FB Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek akan mengumumkan beberapa langkah tambahan dalam masa terdekat terkait usaha tambah baik aspek keselamatan di sekolah dan disiplin murid serta pelajar sebagaimana keputusan Jemaah Menteri.

Menurutnya, beberapa insiden yang berlaku kebelakangan ini menuntut untuk bekerja dengan lebih kuat lagi bagi memperbaiki kelompongan yang ada demi memastikan keselamatan anak-anak, para guru dan seluruh warga pendidikan.

Malah, beliau turut menyifatkan tiada istilah cuti ketika ini memandangkan Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menggiatkan usaha menyusun semua mekenisme bagi memperkukuh ekosistem sekolah selamat.

“Saya adakan pertemuan dan ‘debrief’ bersama pasukan sokongan psikososial yang sedang melaksanakan intervensi krisis bagi membantu warga sekolah yang terjejas selepas beberapa insiden untuk mendukung sokongan kesihatan mental,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, beberapa insiden melibatkan aspek keselamatan dan disiplin pelajar dilaporkan berlaku sehingga mencetuskan pertikaian mengenai peranan serta tanggungjawab yang seharusnya dimainkan KPM.

Antaranya beberapa kejadian buli sehingga meragut nyawa pelajar; kes rogol yang berlaku di sekolah serta yang terbaharu, kejadian seorang pelajar yang ditikam pelajar lain sehingga maut dalam kejadian di sebuah sekolah di Damansara, Selangor baru-baru ini. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast