Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan menegaskan bahawa musim perayaan Deepavali seharusnya diraikan dalam suasana harmoni dan bukannya dijadikan medan untuk berpolitik.

Ketika dihubungi, beliau berkata masyarakat India masih berada dalam mood perayaan, dengan ramai yang masih bercuti sempena Deepavali.

“Ada ramai masyarakat India masih bercuti perayaan, maka saya tidak berhasrat untuk spoil mood dengan bercakap politik macam sesetengah pemimpin lain,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurut beliau, pemimpin perlu sedar dan menghormati musim perayaan setiap kaum.

“Cuba bayang kalau perayaan kaum-kaum lain, kalau pergi cakap politik orang mesti marah kan? Jadi kita tak payahlah cakap politik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mendakwa MIC bakal keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan akan mengambil langkah tersebut pada November depan.

Sebaliknya, Saravanan menekankan bahawa musim perayaan perlu dimanfaatkan untuk memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara rakyat pelbagai kaum.

“Kalau dapat peluang, cakaplah pasal keharmonian, perpaduan, silaturahim, kelebihan kaum-kaum lain, kelebihan perpaduan antara kita. Itu patut menjadi tajuk semasa musim perayaan. Tak payah cakap politik,” katanya. -MalaysiaGazette

Tajuddin dedah MIC nekad tinggalkan BN

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast