KUALA LUMPUR – Kerajaan mengesahkan sudah menghantar jemputan kepada Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin untuk menghadiri mesyuarat Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ke-47 pada Ahad ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  menyampaikan jemputan itu kepada pihak Rusia ketika lawatan kerjanya ke Beijing, China baru-baru ini.

“Kami telah menghantar jemputan kepadanya. Dia (Putin) beritahu saya di Beijing, dia dengan serius untuk mempertimbangkannya (jemputan).

“Buat masa ini, dia menghantar timbalan perdana menteri (Rusia), ia akan diketahui selewat-lewatnya hari ini bila dia akan datang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Anwar hadir menyampaikan ucaptama dan temu bual dalam Forum Ilmu PNB 2025.

Persidangan kemuncak ASEAN dijangka menjadi perhimpunan pemimpin dunia dan berprofil tinggi terbesar setakat ini dengan kehadiran kuasa besar yang berpengaruh.

Sebelum ini, media melaporkan Anwar berkata, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump antara yang dijangka hadir bersama beberapa ketua kerajaan negara ASEAN dan rakan dialog. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast