FB Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Republik India, Naendra Modi tidak dapat hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 hujung bulan ini.

Bagaimanapun beliau akan mengikutinya secara atas talian memandangkan perayaan Deepavali yang masih diraikan di negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya menghormati keputusan tersebut dan menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada Modi dan seluruh rakyat India.

“Malam tadi saya menerima panggilan telefon dari rakan sejawat Perdana Menteri Republik India Narendra Modi bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–India ke tahap yang lebih strategik dan menyeluruh.

“India kekal sebagai rakan penting Malaysia di lapangan perdagangan dan pelaburan, selain kerjasama erat di sektor teknologi, pendidikan serta keselamatan serantau,” katanya dalam kenyataan.

Malaysia, kata Anwar, akan terus komited memperkukuh hubungan Malaysia–India dan meningkatkan lagi kerjasama ASEAN–India ke arah rantau yang lebih aman dan makmur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast