The cane might enforce discipline momentarily, but wisdom builds character, and restorative justice is for eternity.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi berpandangan  hukuman rotan perlu dikembalikan di sekolah dengan syarat-syarat ketat.

Jelasnya, hukuman berkenaan perlu dilaksanakan dalam bentuk mendidik dan memberi pengajaran kepada pelajar.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) harus mempertimbangkannya dengan mengadakan libat urus bersama pelbagai pihak.

Soal rotan, saya telah suarakan pandangan peribadi saya, harus dikembalikan tapi dengan syarat-syarat yang ketat, hukuman untuk pengajaran. Rotan mungkin di tangan bukan bagi kelonggaran sepenuhnya.

“Saya pernah jadi guru puluhan murid saya sudah rotan tetapi di tangan tentunya tidak nampak penderaan,” katanya ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar dalam masa yang sama membidas segelintir pihak yang menentang hukuman rotan dikembalikan kerana menyifatkannya sebagai penderaan.

Sebaliknya, ia merupakan ia boleh dilaksanakan dengan peraturan yang ditetapkan.

Tapi ada juga pandangan terutamanya kumpulan berkaitan hak asasi yang mengatakan ini termassuk kategori penderaan anak-anak. Saya faham kontroversi itu.

“Ramai pendidik dan ibu bapa berpandangan ada keperluan tapi dengan syarat-syarat yang ketat dan ditugaskan guru tertentu dilakukan di bilik khas, bilik disiplin. Maksimum berapa rotannya, adalah beberapa peraturan.

“Jadi, saya tidak fikir ibu bapa harus terlalu bimbang kerana kenakalan anak-anak suatu perkara yang biasa tapi kalau melanggar peraturan berlebihan tentu harus ada hukuman,” tambahnya.

MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan majoriti ibu bapa berpendirian kuasa merotan perlu dikembalikan kepada guru di sekolah sebagai usaha membentuk adab, akhlak kepada pelajar.

Dalam masa yang sama, ia juga merupakan salah satu cara untuk membentuk sasiah pelajar supaya terhindar daripada gejala sosial dan masalah disiplin, katanya. MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast