KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing ditahan dipercayai mencabul dua kanak-kanak lelaki bawah umur berusia 7 dan 9 tahun yang merupakan anak saudaranya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, tangkapan suspek berusia 40-an dilakukan semalam selepas menerima laporan kira-kira jam 3 petang hari sama.
“Polis telah menerima laporan daripada pengadu dimaklumkan anaknya mengenai kejadian itu dipercayai berlaku pada 2023 di sebuah rumah di USJ 9, Subang Jaya.
“Siasatan awal mendapati, suspek yang dikenali telah memujuk dua beradik itu masuk ke dalam biliknya di tingkat atas dan melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap mereka.
“Perbuatan itu dipercayai berlaku lebih dari sekali dan kedua-dua mangsa tidak mendedahkan perkara tersebut lebih awal kerana takut serta tidak menyedari ia satu kesalahan,” kaanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(A) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
“Polis menasihati ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memantau pergerakkan serta persekitaran anak-anak bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa jenayah seksual.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” ujarnya. – MalaysiaGazette
















