Seorang wanita maut manakala dua lelaki cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas melanggar pembahagi jalan di Jalan Puchong Batu 14 berhadapan Kampung Baru Puchong, malam tadi. Foto JBPM Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut manakala dua lelaki cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas melanggar pembahagi jalan di Jalan Puchong Batu 14 berhadapan Kampung Baru Puchong malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar 10.15 malam.

Susulan itu katanya, sepasukan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, Komander Operasi melaporkan berlaku kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza dipercayai pemandu e-hailing terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

“Terdapat tiga mangsa melibatkan pemandu lelaki berusia 49 tahun dan dua penumpang iaitu seorang lelaki berusia 21 dan remaja perempuan berusia 19 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kedua-dua mangsa lelaki dilaporkan cedera manakala remaja perempuan disahkan maut di lokasi kejadian  oleh pasukan perubatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast