Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino, di Putrajaya. 25 Oktober 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR – Di sela-sela kesibukan menerima kedatangan pimpinan antarabangsa sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, Perdana Menteri sempat meluangkan masa mengadakan pertemuan dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino, hari ini.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, perbincangan yang diadakan di Putrajaya itu tertumpu kepada usaha memperkukuh ekosistem bola sepak di Malaysia dan rantau ASEAN.

Ini termasuk melalui projek FIFA Arena yang bakal menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai bakat tempatan dan peningkatan prasarana bola sepak negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino, di Putrajaya. 25 Oktober 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri.

“Kami turut menyentuh mengenai Perjanjian Pembangunan Bola Sepak ASEAN-FIFA yang merupakan satu langkah strategik membuka lembaran baharu ke arah menjadikan rantau ini sebagai kuasa bola sepak yang disegani di peringkat global,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Tambah Anwar, Malaysia akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak melalui peningkatan kemudahan, latihan berstruktur serta kerjasama strategik bersama FIFA sebagai langkah penting untuk melahirkan generasi baharu pemain berbakat.

Malaysia juga katanya, akan memperkukuh ekosistem sukan profesional dan mengangkat nama negara sebagai hab pembangunan bola sepak serantau. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast