Aksi pelumba ElfMarc VDS Racing Team, Jake Dixon (kanan) dan Elf Marc VDS Racing Team, Filip Salac semasa sesi latihan Moto 2 pada hari kedua di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 24 OKTOBER 2025.

SEPANG – Pelumba Elf Marc VDS Racing Team Jake Dixon meraih gelaran ketiga musim ini selepas muncul juara kelas Moto2 pada Grand Prix (GP) Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Pelumba British berusia 29 tahun itu menjadi pelumba pertama melepasi garisan penamat dengan catatan masa 23 minit 05.269 saat (s).

Dixon menamatkan perlumbaan di hadapan pelumba CFMOTO RCB Aspar Team David Alonso yang meraih tempat kedua (+2.035s), manakala pelumba Fantic Racing Barry Baltus (+2.745s) melengkapkan kedudukan podium itu.

Ia merupakan kemenangan ketiga Dixon musim ini selepas mengungguli GP Argentina dan GP Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, dua pelumba wildcard Malaysia iaitu Muhammad Helmi Azman dan Azroy Hakeem Anuar daripada Petronas MIE Racing RW menamatkan saingan masing-masing di tempat ke-23 dan 24 daripada 30 pelumba. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast