WASHINGTON – Dua buah pesawat tentera laut Amerika Syarikat (AS) terhempas di Laut China Selatan dalam insiden berasingan semalam, kata para pegawai sambil menambah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kemalangan pertama membabitkan sebuah helikopter MH-60R, Sea Hawk, terhempas di Laut China Selatan ketika melakukan operasi rutin dari kapal pengangkut pesawat, USS Nimitz, menurut kenyataan angkatan tentera laut AS Pasifik.
Kesemua tiga kru yang berada dalam helikopter terbabit ditemui pasukan pencari dan penyelamat, kata kenyataan itu.
Setengah jam kemudian, menurut tentera laut, sebuah pesawat pejuang Boeing F/A-18F, Super Hornet, juga terhempas di Laut China Selatan juga terhempas ketika melakukan operas rutin dari USS Nimitz.
Tambahnya, kedua-dua juruterbang menggunakan kerusi anjal untuk menyelamatkan diri ketika kejadian dan mereka ditemui pasukan penyelamat.
“Semua kakitangan terbabit selamat dan berada dalam keadaan stabil.
“Punca kejadian kedua-dua insiden kini sedang disiasat,” kata tentera laut AS.
Kemalangan berlaku ketika Presiden AS, Donald Trump berada di rantau ini, lawatan pertama beliau ke Asia pada penggal kedua beliau menjawat jawatan tersebut dan Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth bersedia untuk memulakan lawatan ke beberapa buah negara Asia.
Sebelum ini, dua pesawat perang AS terhempas berhampiran kapal pengangkut pesawat, USS Harry S. Truman di Timur Tengah. – AFP
















