Hampir 3,000 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang berdaftar berkumpul bagi membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang menjadi tumpuan dalam membincangkan kerjasama serantau dan isu global utama ketika di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER 2025.

KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bukan sahaja menjadi tumpuan rakyat Malaysia malah turut menarik perhatian dunia apabila ribuan pengamal media tempatan dan antarabangsa berkampung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sejak minggu lalu.

Wartawan, jurukamera, jurugambar dan kru produksi daripada pelbagai agensi berita mula sibuk seawal pukul 7 pagi bagi menjalankan liputan secara langsung bagi membawakan perkembangan acara bersejarah ini kepada masyarakat seluruh negara.

Stesen televisyen, radio serta portal berita utama tempatan dan asing menggerakkan pasukan liputan masing-masing bagi memastikan momen itu dapat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat sama ada di dalam mahu pun luar negara sehingga 10.00 malam.

Hampir 3,000 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang berdaftar berkumpul bagi membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang menjadi tumpuan dalam membincangkan kerjasama serantau dan isu global utama ketika di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER 2025.

Media antarabangsa turut hadir dengan menumpukan lensa kamera mereka kepada kehadiran yang melibatkan penyertaan pemimpin tertinggi daripada 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog utama termasuk Amerika Syarikat (AS), China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan India.

Liputan itu sekali gus memberi peluang dunia nama Malaysia yang berbilang kaum bersatu kepada masyarakat dunia dalam menganjurkan persidangan bertaraf antarabangsa terutamanya dengan kemunculan Presiden AS, Donald Trump.

Kehadiran ribuan petugas media membuktikan sidang kemuncak kali ini menjadi acara terbesar dalam sejarah penganjurannya sejak kali pertama diadakan pada 1976.

Sebelum ini,  lebih 2,800 pengamal media daripada 290 agensi dalam dan luar negara telah mendaftar bagi liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Berkaitan bermula semalam hingga esok.

Hampir 3,000 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang berdaftar berkumpul bagi membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang menjadi tumpuan dalam membincangkan kerjasama serantau dan isu global utama ketika di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER 2025.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, daripada jumlah itu, ia antaranya merangkumi 648 wakil media rasmi Malaysia, 327 media tempatan dan 1,277 media antarabangsa telah disahkan mendaftar.

Sebanyak 34 negara termasuk Malaysia telah menghantar wakil media, agensi dan wartawan masing-masing untuk berkumpul di Pusat Media Antarabangsa (IMC) dan Pusat
Penyiaran Antarabangsa (IBC).

Antara negara yang menghantar bilangan wakil media tertinggi ialah Jepun iaitu seramai 314 pengamal media, AS (181), Republik Korea (101) dan Filipina (68).

Daripada aspek kemudahan liputan, terdapat 33 unit 5G-in-a-box disediakan di seluruh KLCC dengan enam unit ditempatkan khusus untuk kegunaan pengamal media di IMC bagi memastikan capaian Internet yang lebih pantas dan stabil.

Daripada segi WiFi disediakan Telekom Malaysia (TM) dengan lebar jalur maksimum 10Gb manakala titik capaian WiFi 7 mampu menyokong antara 3,000 hingga 4,000 peranti pada satu masa. – MalaysiaGazette

Hampir 3,000 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang berdaftar berkumpul bagi membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang menjadi tumpuan dalam membincangkan kerjasama serantau dan isu global utama ketika di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER 2025.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast