Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Johari Abdul berucap pada Sesi Taklimat Berkenaan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) Kepada Ahli-Ahli Parlimen Malaysia di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 8 OKTOBER 2025.

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memberi amaran kepada Ahli Parlimen supaya tidak menghina penjawat awam.

Amaran tersebut disuarakannya selepas persidangan Dewan Rakyat kecoh seketika akibat isu itu.

Anda boleh komen tentang ahli politik. Jangan sebut, jangan kutuk, jangan hina penjawat awam. Kalau nak kritik itu lain. Setakat itu.

Awak nak saya tunjuk apa yang dihantar kepada saya? Jangan cabar saya. Ada orang kutuk KSU (Ketua Setiausaha), macam-macam jangan buat begitu. Saya ingatkan,” katanya.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Perikatan Nasional) bangun membangkitkan peraturan Dewan dengan mendakwa Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz ‘memfitnah’ apabila menyebut kecewa kerana ada ahli Parlimen yang mempersenda dan memperlekeh usaha serta pengorbanan penjawat awam yang bertungkus lumus berunding bagi merealisasikan perjanjian dengan AS.

“Saya kecewa bila ada dalam Dewan ini persenda usaha pasukan perunding kita. Saya faham kalau ada serangan bermotif politik tapi jangan perlekeh usaha dan pengorbanan penjawat awam yang pastikan kedaulatan negara terus terjamin.

“Malah ada ahli Parlimen yang kata perjanjian ini gadaikan negara tercinta kita. Saya ingin tanya kembali, adakah Yang Berhormat maksudkan penjawat awam ini juga mahu menggadai negara, cukup-cukuplah berpolitik,”kata Tengku Zafrul ketika memberi penerangan mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS).

Situasi kemudian menjadi kecoh apabila ahli Parlimen pembangkang, antaranya Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu), Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) dan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang), mempertikaikan dan tidak berpuas hati apabila Wan Ahmad Fayhsal diarahkan duduk dan tidak membangkitkan isu terbabit.

Johari kemudian menegaskan dan mengingatkan tiada celahan dan perbahasan dibenarkan ketika sesi berkenaan.

“Saya dah kata tak ada celahan, mungkin Machang (Wan Ahmad Fayshal) datang lewat, datang awal lain kali. Saya kata esok (boleh kemuka soalan), esok nak cakap, cakaplah,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Penjawat awam tu hanya melaksanakan arahan kerajaan dan menteri MITI .. Menteri yg kalah PRU tp jd menteri pintu belakang..jd jgnlah pindahkan kebodohan menteri kpd penjawat awam plak..

Comments are closed.