Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz mempengerusikan Sesi Khas Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) mengenai DEFA bersama Menteri Ekonomi dan Perdagangan negara anggota ASEAN serta wakil Sekretariat ASEAN.

KUALA LUMPUR – Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai Ahad lalu tidak menggadai kedaulatan negara juga melanggar isu-isu garis merah.

Sebaliknya Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan tetap dengan pendirian mempertahankan kepentingan negara malah tidak berganjak seinci dalam isu-isu melibatkan hak Bumiputera, dasar perolehan dan tuntutan pembukaan atau liberalisasi ekuiti sepenuhnya sektor-sektor strategik seperti tenaga dan telekomunikasi.

Kalau ada yang mendakwa kononnya kitajual negara’, saya cabar mereka tunjuk satu klausa yang melanggar atau melepasi garis-garis merah ini. Satu pun tiada.

Sebenarnya, Tan Sri Yang Dipertua, kalau kita mahukan terma yang lebih baik, mudah sahaja, berikan semua perkara garis merah yang kita berusaha sedaya upaya lindungi selama ini,” katanya ketika sesi penerangan di Dewan Rakyat, hari ini.

Ujarnya, perjanjian tersebut mengandungi klausa-klausa yang menjamin kedaulatan negara, di mana pelaksanaan perjanjian adalah berdasarkan kepentingan dan keselamatan ekonomi negara serta berlandaskan undang-undang dan peraturan domestik negara.

Sebagai contoh kata Zafrul, Artikel 5.1.1 tidak sepatutnya dilihat sebagai Malaysia secara membuta tuli mengikut apa jua sekatan AS yang dikenakan ke atas negara lain.

“AS juga bersetuju supaya sebarang langkah yang ingin diambil pihaknya dalam menangani isu-isu ketidakseimbangan perdagangan haruslah melalui mekanisma rundingan bagi mencari kesefahaman Bersama,” jelasnya.

Katanya lagi, hasil utama susulan rundingan selama enam bulan adalah kejayaan Malaysia menurunkan kadar tarif yang dikenakan AS dari 25 peratus kepada 19 peratus yang merupakan kadar terendah yang dikenakan kepada negara-negara lain.

Katanya, sekiranya Malaysia berhadapan dengan AS menaikkan semula kadar tarifyang jauh lebih tinggi sehingga 30 atau lebih buruk 100 peratus.

Beliau berkata, hasil perjanjian berkenaan negara ini turut menikmati manfaat tambahan, antaranya hubungan dua hala kedua-dua negara dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik.

Selain itu tambahnya, Malaysia kini dianggap sebagai rakan kongsi rantaian bekalan yang dipercayai.

Ini bukan simbolik. Ini meletakkan Malaysia dalam kelompok kecil rakan kongsi utama Washington, dan ia memberi kita ‘line of sight’ terus kepada peluang pelaburan teknologi tinggi, pemindahan teknologi, dan akses rantaian bekalan yang lebih selamat,” katanya lagi.

Mengulas mengenai isu halal yang sering dibangkitkan, Zafrul berkata, tiada sebarang kelonggaran terhadap piawaian atau prosedur halal Malaysia.

“Jadi kalau ada pihak yang cuba menakut-nakutkan rakyat kononnya ‘standard halal kita akan ditentukan Amerika’, saya nak tegaskan dalam Dewan ini itu tidak benar. Standard halal Malaysia ditentukan oleh Malaysia, disahkan oleh JAKIM (Jabatan Kemajian Islam Malaysia), dan dipelihara oleh umat Islam di  negara ini. Noktah! (Full stop),” ujarnya.

Terdahulu beliau berkata, rundingan yang diadakan bukan atas kehendak Malaysia sebaliknya dilakukan bagi menangani langkah tarif yang turut menjejaskan ratusan negara lain yang berdagang dengan AS.

Perlu saya tegaskan, rundingan ini bukanlah pilihan yang kita minta. Tidak seperti rundingan perdagangan biasa yang dilakukan atas persetujuan bersama, ini adalah tarif unilateral yang dikenakan kepada kita dan banyak negara lain.

Suka atau tidak, kita perlu berhadapan dengan realiti ini yang jelas tidak adil,” katanya.

Namun katanya, tuduhan mengatakan Malaysia ‘menyerahkan tengkukdalam rundingan tersebut adalah tidak berasas kerana langkah itu merupakan sebahagian daripada realiti geopolitik yang dihadapi sebuah negara perdagangan terbuka seperti Malaysia.

Perjanjian ini bukan cek kosong kepada AS, ianya pagar. Pagar yang kita bina supaya apa-apa tindakan selepas ini mesti melalui rundingan bukan ugutan unileteral,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast