Rampasan 59.29 gram syabu bernilai lebih RM6,500. - Foto Ihsan Polis

KUALA LUMPUR –  Polis berjaya menumpaskan tiga kes berkaitan dadah dalam satu siri Op Tapis yang dijalankan di sekitar daerah Lahad Datu semalam, melibatkan tiga tangkapan dan rampasan 59.29 gram syabu bernilai lebih RM6,500.

Polis Daerah Lahad Datu, melalui Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), berkata tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki warga Indonesia berusia 36 tahun di kawasan Reno Fajar.

“Pemeriksaan menemui satu beg kecil berwarna biru mengandungi 5.14 gram dadah jenis syabu. Ujian air kencing mendapati suspek positif Meth dan Amphetamine,” katanya dalam kenyataan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952).

Dalam serbuan kedua, seorang wanita warga Filipina berumur 36 tahun ditahan di sebuah rumah di kawasan Perumahan Ladang Ngai, Jalan Simpang Gogos.

“Hasil pemeriksaan menemukan 54.15 gram syabu bersama beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan pengedaran dadah.

“Ujian saringan awal terhadap suspek bagaimanapun negatif dadah, dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952,” katanya.

Bagi kes ketiga, seorang lelaki warga Filipina berusia 42 tahun ditahan selepas disyaki memasukkan bahan terlarang ke dalam tubuhnya. 

Ujian saringan awal mendapati suspek positif Methamphetamine dan Amphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Kesemua suspek kini ditahan dan polis akan memohon perintah reman bagi siasatan lanjut,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast