Syed Saddiq menamatkan cabaran Ironman Malaysia 2025 dengan catatan masa 12 jam 22 minit.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan cabaran Ironman Malaysia 2025 di Langkawi hari ini dengan catatan masa di bawah 13 jam.

“Terima Kasih,” ucap beliau menerusi satu hantaran video ringkas memaparkan dirinya menamatkan cabaran itu dikongsikan di media sosial, malam ini.

Sebelum ini, bekas menteri Kabinet itu menyasarkan dapat menamatkan acara sukan lasak terulung negara, Ironman Malaysia 2025 dengan tempoh 13 jam bagi menyahut cabaran syarikat fesyen tempatan, Primavalet.

Ini kerana pengeluar jenama pakaian popular itu menawarkan RM1 juta untuk Parlimen Muar sekiranya Syed Saddiq berjaya menamatkan perlumbaan dalam tempoh berkenaan.

Syed Saddiq, 33, berkata, cabaran itu disahut semata-mata demi kepentingan rakyat dan usahanya membantu penduduk Parlimen Muar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast