Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Sasterawan Negara, Datuk Dr. Anwar Ridhwan.

KUALA LUMPUR – Pengunaan Bahasa Melayu di tempat awam lebih-lebih lagi dalam acara kerajaan sewajarnya menjadi kemestian.

Sasterawan Negara, Datuk Dr Anwar Ridhwan berkata, ia merupakan antara usaha dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menambah, Menteri khususnya serta pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu membudayakan peraturan tersebut.

“Ungkapan BM (bahasa Melayu) wajib ada di samping bahasa lain (jika perlu).

“Menteri dan yang berkuasa di PBT mesti menunjukkan contoh mendaulatkan BM seperti yg telah dipetuntukkan dalam Perlembagaan negara,” katanya menerus laman sosial Facebook beliau semalam.

Sebelum ini, wujud pertikaian penggunaan nama projek pencahayaan bandar di Bukit Bintang yang menggunakan bahasa Inggeris iaitu `I LITE U’ yang disifatkan membelakangkan bahasa kebangsaan.

Bagaimanapun, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, penggunaan nama dalam bahasa Inggeris itu hanya bersifat gimik pemasaran bagi menarik perhatian pelawat khususnya pelancong antarabangsa.

Menurut beliau, penggunaan nama Bahasa Inggeris itu mempunyai maksud tersendiri dan bukan bertujuan mengenepikan bahasa Melayu.

Jelas Maimunah, nama itu diambil daripada Innovative, Lighting, Infrastructute, Towards, Eco-Elegance and Urbanisation yang merangkumi aspirasi bandar raya ini menjadi bandar pintar, lestari dan indah pada waktu malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast