Penulis blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo.

KUALA LUMPUR – Penulis blog kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo ditahan semula malam tadi bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan.

Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakilinya memberitahu, Papagomo ditahan pukul 10.40 malam tadi di kediamannya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

“Tangkapan dilaksanakan di hadapan rumahnya. Dia telah tiba di IPD Dang Wangi dan dijangka direman pagi ini pukul 9.30 pagi.

“Siasatan di bawah Akta Hasutan 1948, menurut Pegawai Penyiasat yang mengendalikan kes,” kata Muhammad Rafique.

Sebelum ini, Papagomo disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyebabkan ketakutan dan kegentaran awam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast