Pengarah Kastam Negeri Pahang, Mohd Asri Seman (depan, tengah) menunjukkan hasil rampasan rokok tidak berkastam pada 2 Oktober lepas

KUANTAN – Helah sekumpulan individu menyewa sebuah rumah teres setingkat untuk menyimpan rokok tidak berkastam berjaya dihidu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang.

Pengarah JKDM Pahang, Mohd Asri Seman berkata, pihaknya menyerbu rumah yang terletak di Indera Mahkota 21, di sini, pada jam 10.30 pagi 2 Oktober lalu.

Menerusi serbuan tersebut, tambah beliau, pihaknya merampas lebih 1.5 juta batang rokok putih pelbagai jenis dan jenama bernilai RM261,758.00, melibatkan duti dan cukai sebanyak RM1,366,965.80.

Pengarah Kastam Negeri Pahang, Mohd Asri Seman

“Ketika serbuan dijalankan, tiada penghuni didapati berada di rumah. Hasil siasatan awal turut mendapati rumah ini disewa sekumpulan individu warganegara asing.

“Bagaimanapun, terdapat tanda-tanda rumah itu bukan hanya dibuat sebagai stor menyimpan rokok-rokok ini, sebaliknya dijadikan tempat tinggal mereka,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Mohd Asri berkata, hasil siasatan mendapati rumah itu baharu dua bulan disewa sekumpulan warga asing itu.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga 20 kali nilai barang atau RM500,000 atau yang mana lebih besar atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast