Kapal terbang melintasi fenomena supermoon di langit ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Bukit Federal, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 05 NOVEMBER 2025.

KUALA LUMPUR – Bermula pukul 9.19 malam tadi, rakyat Malaysia menyaksikan bulan penuh terbesar dan paling terang tahun ini.

Ia dikenali sebagai fenomena supermoon dan kali ini boleh dinikmati dengan mata kasar.

Fenomena supermoon di langit menghiasi Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Bukit Federal, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 05 NOVEMBER 2025.

Ia berlaku apabila bulan berada paling hampir dengan bumi dalam orbitnya, kedudukan yang dipanggil perigee iaitu kira-kira 356,832 kilometer dari bumi.

Disebabkan jarak yang lebih dekat, bulan akan kelihatan sekitar 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang berbanding bulan penuh biasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast