GEORGE TOWN – Pasukan bomba giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke laut dari Jambatan Pulau Pinang arah Perai menghala ke pulau, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.15 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan di tempat kejadian, maklumat daripada orang awam memaklumkan seorang lelaki berusia 34 tahun dipercayai terjun ke laut dari jambatan berkenaan.

“Operasi mencari dan menyelamat kini sedang dijalankan dengan kekuatan lapan anggota termasuk penyelia serta dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

“Setakat ini operasi masih diteruskan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya hari ini.

Sementara itu, gambar tular di media sosial menunjukkan lelaki berkenaan meninggalkan sebuah kereta jenis Toyota Altis bersama dokumen pengenalan diri di lokasi.

Turut ditinggalkan sepasang selipar di tebing konkrit jambatan tersebut yang dipercayai menjadi petunjuk kemungkinan lelaki berkenaan cuba menamatkan riwayatnya dengan terjun ke laut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast