Mayat wanita mereput bawah pelepah sawit di Telemong dikenalpasti

KUANTAN – Polis telah mengenalpasti identiti mayat wanita yang ditemukan dalam keadaan mereput di bawah pelepah sawit di Telemong, Bentong kelmarin.

Ketua Polis Pahang,  Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa merupakan warganegara Indonesia berusia lingkungan 40 an.

“Hasil hebahan dibuat menerusi berita, suami mangsa yang juga warganegara Indonesia tampil kepada pihak polis dan mengenalpasti mayat mangsa pagi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Ketua Polis Daerah Jerantut dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Siasatan/Perundangan Ubi Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.

Tambah Yahaya, bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat mangsa semalam di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mendapati, mangsa telah meninggal dunia lebih daripada dua minggu lepas.

“Punca sebenar kematian masih belum diperolehi dan kita masih dalam proses siasatan mengenai kes ini. Kita akan siasat untuk mengetahui punca kejadian juga,” jelasnya.

Yahaya memaklumkan kes itu masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga selesai siasatan lanjut. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Polis sahkan penemuan mayat wanita reput di ladang kelapa sawit

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast