fb Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR – Taufan Kalmaegi yang membadai Filipina dikesan berada kira-kira 405 kilometer (km) dari barat laut Kudat, Sabah, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan Kalmaegi kini berada pada kedudukan latitud 12.5 utara dan longitud 116.1 timur, kira-kira 627 km ke Barat Laut Puerto Princesa, Filipina.

Berdasarkan pencerapan MetMalaysia pada 8 malam ini, taufan itu bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 30 km/j dan potensi kelajuan maksimum ialah 194 km/j.

“Keadaan ini boleh menyebabkan hujan berterusan di Sabah dan Labuan serta angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu.

Angka kematian akibat Taufan Kalmaegi di Filipina meningkat melebihi 90 orang hari ini manakala puluhan lagi hilang dan cedera.

Secara keseluruhan, seramai 706,549 penduduk di 24 wilayah terjejas akibat taufan itu, termasuk 436,911 yang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing, menurut Pejabat Pertahanan Awam (OCD) Filipina. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast